Kehidupan awal dan keluarga Ashley Bloomfield

Bloomfield dilahirkan pada tahun 1965 atau 1966, salah seorang daripada tiga anak Allan Olaf Bloomfield dan Myreine Alice Bloomfield (nama lahir: Osborne).[2][3][4] Ibunya adalah seorang guru sekolah, manakala ayahnya adalah seorang leftenan kolonel di Rejimen Infantri Diraja New Zealand (Askar Wataniah) dan seorang pengurus di Mitsubishi Motors di Porirua, dan dilantik sebagai ahli Order of the British Empire pada Penghargaan Tahun Baru 1974 Ratu Elizabeth[2][3][5] Beliau dibesarkan di Tawa, pinggiran Wellington, dan mendapat pendidikan di Scots College, di mana beliau menjadi ketua pengawas.[2]

Bloomfield lulus dari Universiti Auckland dalam bidang perubatan pada tahun 1990.[6] Di tahun yang sama, Ashley mengahwini isterinya, Libby, juga seorang doktor.[2]

Rujukan

WikiPedia: Ashley Bloomfield https://slate.com/news-and-politics/2020/04/new-ze... https://notices.nzherald.co.nz/obituaries/nzherald... https://www.nzherald.co.nz/nz/news/article.cfm?c_i... https://www.nzherald.co.nz/nz/news/article.cfm?c_i... https://www.nzherald.co.nz/nz/news/article.cfm?c_i... https://www.odt.co.nz/opinion/editorial/cometh-hou... https://www.stuff.co.nz/national/health/120071359/... https://thespinoff.co.nz/science/28-03-2020/the-fa... https://www.health.govt.nz/about-ministry/leadersh... https://www.health.govt.nz/news-media/news-items/i...